fbpx

Lelaki mati ditikam gara-gara mulut celopar tegur payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengurus syarikat ditikam selepas menegur saiz payudara seorang wanita dalam kejadian di Taman Kenanga, Tengkera, Melaka, semalam. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang pengurus syarikat mati ditikam dalam satu pergaduhan yang didakwa berpunca daripada mulut celupar mangsa menegur saiz payudara pelanggan wanita di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian dikatakan berlaku selepas mangsa yang dalam keadaan mabuk telah datang ke kedai berkenaan untuk makan dan minum bersama rakannya.

“Selesai makan, mangsa ada bercakap dengan rakan-rakannya mengenai saiz payudara seorang pelanggan wanita dan perkara itu telah didengari oleh pengawal peribadi wanita terbabit.

“Lelaki itu lalu menegur sikap mangsa dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka berdua serta teman lelaki wanita berkenaan sehingga terjadinya adegan tumbuk menumbuk,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kejadian itu kemudian telah dilaporkan oleh orang awam kepada pihak polis pada pukul 4.15 pagi dan pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan.

“Mangsa yang cedera telah di bawa ke Hospital Melaka oleh rakannya dikenali sebagai Dass dan Sankar menggunakan kenderaan Ford Ranger.

“Dia bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah luka tikaman di jantung,” katanya.

Ujarnya, susulan itu tujuh suspek berusia antara 25 sehingga 38 tahun telah ditahan dan dipercayai mangsa mati akibat ditikam oleh pengawal peribadi berkenaan.

Christopher berkata, pihaknya turut merampas pisau dan batang besi yang digunakan dalam pergaduhan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI