fbpx

Dua lembu ternakan mati termakan racun akibat perbuatan khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor lembu yang mati dipercayai akibat termakan racun di di Kampung Pangkal Mak Wan, Machang kelmarin. FOTO IHSAN POLIS

MACHANG – Seorang penternak mengalami kerugian kira-kira RM10,000 apabila dua ekor lembu miliknya mati selepas termakan buah tembikai yang diletakkan racun dipercayai akibat perbuatan khianat di Kampung Pangkal Mak Wan di sini kelmarin.

Pemilik lembu yang berusia 49 tahun itu menyedari kejadian tersebut kira-kira pukul 5.30 petang semasa membawa lembu-lembu masuk ke kandang sebelum melihat dua ekor daripada haiwan peliharaannya dalam keadaan terbaring dan lemah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati, lembu terbabit sebelum itu dipercayai berkeliaran dan memakan tanaman penduduk kampung.

Menurutnya, pemilik haiwan itu mendapati ada separuh bahagian buah tembikai berada di atas tanah selepas membuat pemeriksaan di kawasan berhampiran.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat biji-biji berwarna putih di dalam buah tembikai berkenaan dipercayai baja tanaman. Baja itu juga dipercayai menyebabkan dua ekor lembu itu mati selepas memakan buah tembikai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap haiwan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI