fbpx

Anak kariah Kampung Melayu naik bas agih Bakul Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salim (tengah) ketika sesi Pelancaran Bas Persiaran di Kampung Melayu, Air Itam di sini malam tadi.

GEORGE TOWN – Kira-kira 200 anak kariah Kampung Melayu, Air Itam di sini akan menggunakan Bas Persiaran Madani sepanjang misi mengagihkan bantuan Bakul Rahmah kepada golongan memerlukan di negara ini.

Penasihat Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan pihaknya itu bertujuan meringankan bebanan yang dihadapi isi rumah ketika ini dengan pemberian barangan keperluan asas.

Menurutnya, untuk permulaan hanya sebuah Bas Persiaran Madani digunakan dan seramai 40 anak kariah Kampung Melayu akan mengagihkan kira-kira 3,000 bakul Rahmah di sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani di Terengganu, 11 Mei ini.

“Perkhidmatan bas ini juga nanti akan bergerak ke semua DUN (Dewan Undangan Negeri) seluruh negeri dan singgah ke lokasi terpilih terutama di rumah-rumah orang susah.

“Selain itu, kenderaan khas ini akan digunakan untuk keperluan lain seperti bantuan bencana dan sebagainya nanti. Pergerakkannya mungkin dilebihkan kepada lima buah nanti,” katanya kepada pemberita ketika pelancaran Bas Persiaran Madani di Kampung Melayu, Air Itam di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Salim memberitahu, setakat ini, sebanyak 80,000 bakul Rahmah telah diedarkan menerusi program CSR pihaknya sebagai tanda sokongan terhadap Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI