fbpx

PN fokus jaga kepentingan rakyat, bukan jatuhkan kerajaan – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (empat dari kiri) bersama sebahagian tetamu di Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Perak anjuran bersama Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Menjatuhkan kerajaan bukan fokus utama Perikatan Nasional (PN) ketika ini namun kepentingan rakyat menjadi tumpuan wakil-wakil rakyat PN.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tiada guna kerajaan bertukar jika kebajikan rakyat yang seharusnya menjadi keutamaan tidak diberikan tumpuan.

Jelasnya, jika berlaku situasi yang memerlukan pertukaran kerajaan, ia seharusnya dibiarkan berjalan dengan aman kerana peruntukan untuknya (penubuhan kerajaan) terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

“Bagaimanapun, perkara lebih penting yang saya tekankan ialah itu bukan fokusnya ketika ini. Tumpuan oleh semua ahli politik sama ada penyokong kerajaan ataupun di sebelah pembangkang adalah kepentingan rakyat. Kalau kita bertukar Perdana Menteri, bertukar kerajaan 80 kali dalam sepenggal pun, kalau kepentingan rakyat tidak diberikan keutamaan tidak ada maknanya.

“Jadi itu lebih penting daripada nafsu-nafsu pemimpin yang nak kekal berkuasa atau mengejar kekuasaan. Rakyat jauh lebih penting, jadi PN memberi fokus kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Perak anjuran bersama Parlimen Kuala Kangsar di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, kerajaan perlu memberi tumpuan untuk mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat dan membebankan rakyat ketika ini.

“Hari ini harga barangan meningkat, rakyat menghadapi kesusahan dan sebagainya. Jadi, kita membentuk kerajaan untuk kepentingan rakyat. Pada hari raya kita nak cuba cari jalan, bagaimana nak menurunkan harga ayam, harga bekalan makanan, bukannya harga simen. Harga simen kemudian.

“Siapa nak buat rumah pada hari raya, waktu nak buat rumah terbuka? Jadi itulah kena lebih bijaksana dalam menjalankan amanah tanggungjawab masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI