fbpx

Op Selamat Ke-20: 9 kemalangan maut direkod di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Sembilan kes kemalangan maut direkodkan dalam sepanjang tempoh pelaksanaan Op Selamat Ke-20 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak, bermula 20 hingga 27 April lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan satu kes berbanding lapan kes pada tahun lepas.

“Jumlah kematian pula adalah sama iaitu sembilan kematian pada Op Selamat tahun ini dan tahun lepas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azman.

Sementara, beliau berkata sebanyak 2,014 saman dikeluarkan dalam operasi kali ini, namun menurun sebanyak 5,942 daripada tahun lepas.

“Pengurangan pengeluaran saman bagi Op Selamat Ke-20 adalah untuk memberi tumpuan kepada kelancaran lalu lintas namun penguatkuasaan secara bersasar terhadap kesalahan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya tetap dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azman berkata sebanyak 457 kes kemalangan direkodkan tahun ini iaitu meningkat sebanyak empat kes, berbanding 453 kes pada tahun lepas.

Menurutnya, antara faktor peningkatan kemalangan adalah kecuaian manusia semasa memandu, faktor permukaan jalan raya serta kenderaan yang dipandu tidak diselenggara dengan baik.

Selain itu, katanya penambahan kenderaan menggunakan jalan raya turut menyumbang kepada jumlah kemalangan.

“Lebih kurang sebanyak 1.169 juta kenderaan yang menggunakan jalan raya di seluruh Sarawak pada Op Selamat Ke-20 berbanding 1.139 juta pada tahun lepas iaitu peningkatan kira-kira 30,000 kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI