fbpx

7 kenderaan dirempuh pemandu kena sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA motosikal yang rosak dalam rempuhan oleh sebuah kereta Toyota Vios yang hilang kawalan di Pekan Nanas,Pontian, pagi hari ini.

PONTIAN – Seorang pejalan kaki cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang tiba-tiba mengalami sawan di Jalan Permata 4, Pekan Nanas, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi, pemilik dua buah kereta dan lima buah motosikal menerima nasib malang apabila kenderaan mereka mengalami kerosakan dalam insiden itu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pemandu kereta berusia 25 tahun yang memandu sebuah kereta Toyota Vios terselamat walaupun kereta yang dipandu terbalik.

Katanya, kejadian berlaku ketika orang ramai sedang menikmati sarapan pagi, sementara pemandu berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Ketika melalui kawasan tersebut, pemandu wanita berkenaan telah mengalami sawan dan hilang kawalan lalu melanggar seorang pejalan kaki yang dikenali sebagai Zahara sebelum merempuh kenderaan lain.

“Zahara yang berkerja sebagai pembantu kedai makan di kawasan tersebut mengalami kecederaan di bahagian leher dan telah dihantar ke Hospital Pontian bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, dua buah motosikal yang dirempuh itu mengalami kerosakkan seluruh bahagian, manakala yang lain dibahagian belakang dan sisi kanan, sementara salah sebuah kereta juga rosak seluruh bahagian.

Ujarnya, ketika kejadian semua pemilik kereta dan motosikal terlibat sedang atau telah selesai menikmati sarapan pagi dan terkejut dengan kejadian perlanggaran tersebut.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Pekan Nanas telah membantu mengeluarkan pemandu kereta Toyota Vios di dalam kereta yang terbalik berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI