fbpx

Berbeza agama, Rizky dan Mahalini selamat bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY melangsungkan pertunangan dengan Mahalini, semalam.

HAMPIR dua tahun bercinta, pasangan selebriti popular dari seberang, Rizky Febian dan Mahalini akhirnya mengikat tali pertunangan, semalam.

Biarpun berlainan agama, Rizky yang merupakan seorang Muslim dan Mahalini pula seorang penganut Hindu, perbezaan tersebut tidak menghalang mereka semakin hampir ke jenjang pelamin.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan menerusi beberapa perkongsian daripada akaun Instagram seperti @rfasmusic dan @thebridestory.

“Rizky Febian dan Mahalini Raharja selamat bertunang,” tulis akaun tersebut seperti dilaporkan portal, Kompas.

Berdasarkan informasi dikongsikan media Indonesia, Rizky atau nama sebenarnya, Rizky Febian Adriansyah Sutisna melamar Mahalini sebagai tunangannya di hadapan keluarga dan kenalan rapat pelantun lagu Sial itu dan majlis dihadiri sekitar 200 tetamu.

“Hari ini sangat istimewa buat saya. Ketika ini, saya tidak sendiri. Saya bersama keluarga besar dan begitu juga Mahalini bersama keluarga besarnya.

“Saya memiliki niat menjadi seorang dengan peribadi lebih baik, mempunyai tujuan tulus.

“Mungkin saya tidak sempurna masih banyak kekurangan dalam diri saya. Tapi izinkan saya memperbaikinya bersama-sama Mahalini,” kata Rizky atau mesra disapa sebagai Iky dalam majlis pertunangan.

Turut dikongsikan gambar Iky berlutut sambil menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis Mahalili sebagai tanda lamaran diterima.

“Acara kemudian diteruskan dengan penyerahan barang hantaran daripada pihak keluarga lelaki sebagai simbol bakal pengantin sanggup memberikan calon isteri hidup yang cukup serba-serbi di kemudian hari,” coret kapsyen tersebut.

Terdahulu, hubungan cinta berbeza agama antara Rizky dan Mahalini menjadi sorotan media dan acap kali diperkatakan sejak pasangan itu mula menjalin hubunga hampir dua tahun sudah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI