fbpx

Tajuddin yakin rayuan penggantungan keahlian UMNO diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Gajah hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

PASIR SALAK – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yakin akan menerima khabar positif berhubung rayuan penggantungannya sebagai ahli UMNO.

Menurut Tajuddin, beliau meletakkan harapan agar penggantungan keahliannya selama enam tahun itu ditarik balik selepas dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk dibincangkan.

“Dalam isu ini, saya kalau boleh mahu ia diselesaikan secara baik kerana saya sayangkan UMNO. Saya sudah jelaskan, UMNO banyak jasa, jadi kita mahu balas jasa dan berkhidmat atas tiket UMNO.

“Jadi kalau dilepaskan penggantungan, saya boleh jadi ahli parti yang aktif dan menyumbang apa yang mampu kepada parti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di kediamannya di Kampung Gajah di sini hari ini.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu, beliau telah mengemukakan tiga rayuan berkaitan penggantungannya itu dengan surat rayuan terakhir dihantar semalam.

Tajuddin memberitahu, sehingga kini, beliau juga tidak pernah dipanggil oleh jawatankuasa disiplin parti atau menerima pertuduhan yang membawa kepada penggantungan keahliannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI