fbpx

Remaja lemas dihanyut ombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa yang dijumpai kira-kira 20 meter dari jaraknya dikhuatiri hilang di Pantai Kampung Gatas, Bekenu, Miri.

MIRI – Remaja lelaki yang dihanyutkan arus ombak ketika mandi di Pantai Kampung Gatas, Bekenu di sini semalam ditemukan mati lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 17 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 9 pagi tadi oleh penduduk kampung.

Katanya, mayat ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi hari kedua dijalankan melibatkan pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama-sama penduduk kampung.

“Pada pukul 8.50 pagi, pasukan penyelamat melakukan taklimat sebelum memulakan operasi SAR.

“Kira-kira pukul 9 pagi, pasukan penyelamat dimaklumkan mangsa telah dijumpai kira-kira 20 meter dari jaraknya dikhuatiri hilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyelamat kemudian membawa mayat mangsa ke Pos Kawalan Bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 4 petang semalam ketika sedang mandi di Pantai Kampung Gatas bersama-sama tiga rakannya.

Dalam kejadian itu, mangsa dan seorang rakannya telah dihanyutkan oleh arus ombak. Bagaimanapun, rakannya berjaya diselamatkan oleh orang kampung manakala mangsa tenggelam dan terus hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI