fbpx

Kereta meletup gara-gara tong gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta rosak teruk akibat letupan tong gas di tempat letak kereta Pangsapuri Dahlia di Bentong semalam.

BENTONG – Sebuah kereta ‘meletup’ secara tiba-tiba dipercayai berpunca daripada sebuah tong gas petroleum cair (LPG) yang ditinggalkan di dalam kenderaan terbabit di tempat letak kereta Pangsapuri Dahlia di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.19 tengah hari itu menyebabkan kereta Proton Saga berkenaan remuk pada semua bahagian dan semua cermin pecah akibat letupan.

“Letupan berpunca daripada tong gas LPG yang diletakkan di dalam kereta jenis Proton Saga dengan nombor pendaftaran QTL8401 atas nama Low Hock Ming, 46.

“Setakat ini, pemilik kenderaan tidak dapat dihubungi. Namun, hasil maklumat orang awam menyatakan pemilik kenderaan bekerja di sebuah syarikat pembinaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, tiada kecederaan dan kemalangan nyawa semasa kejadian, dan tiada unsur jenayah berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI