fbpx

Dua anak janji pulang Aidiladha telah ‘pergi’ selamanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
arun (dua dari kiri) menyiram air mawar pada pusara dua anaknya, Mohd. Husaini (kiri) dan Muhammad Amirul Syafiq di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal, Kuala Nerus kelmarin.

KUALA NERUS – Seorang bapa pasrah kehilangan dua anak lelaki sekali gus dalam kemalangan dua hari sebelum tahun kedua kematian isterinya kelmarin.

Harun Ismail, 68, berkata, dia sukar untuk menerima kenya­taan dua anaknya, Mohd. Husaini Amir, 29, dan Muhammad Amirul Syafiq, 25, maut dalam kemala­ngan di Kilometer 257.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Senawang, Negeri Sembilan.

“Kebetulan 7 Mei ini (hari ini) genap dua tahun arwah isteri iaitu ibu mereka meninggal dunia.

“Tidak sangka giliran (ajal) mereka pula semalam (kelmarin). Bagaikan bermimpi sebab baru malam sebelumnya (Khamis) kami berhubung secara panggilan video,” katanya semalam.

Terdahulu, jenazah Mohd. Husaini Amir dan Muhammad Amirul Syafiq selamat dikebumikan bersebelahan pusara ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal di sini pada pukul 11 malam kelmarin.

Harun berkata, sewaktu panggilan video tersebut, Mohd. Husaini Amir dan Muhammad ­Amirul Syafiq yang merupakan anak ketujuh dan bongsu daripada lapan beradik sangat ceria dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Jelasnya, dalam panggilan ­video itu, kedua-dua arwah anaknya itu yang menetap di Seri Kembangan, Selangor memberitahu akan keluar awal pada keesokan paginya untuk bekerja di sebuah kilang di Senawang.

“Mereka amat rapat dan sentiasa berhubung menerusi panggilan video dengan keluarga di kampung terutama saya hampir setiap hari.

“Kali terakhir kami bertemu pada 1 Syawal lalu untuk beraya sebelum mereka pulang pada hari raya ketiga,” ujarnya.

Harun berkata, hatinya sayu mengenangkan janji kedua-dua arwah anaknya yang mahu pulang ke kampung pada Hari Raya Aidiladha bulan depan, namun tidak kesampaian.

Katanya, dia juga risau dengan emosi isteri Mohd. Husaini Amir yang menghidap penyakit buah pinggang.

Berita berkaitan: Dua beradik sehidup semati, ajal lebih sebulan kerja bersama

Kosmo! semalam melaporkan dua beradik maut selepas motosikal dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah lori di lokasi kejadian.

Sewaktu kemalangan pada pukul 7.05 pagi itu, mereka yang merupakan operator kren dalam perjalanan ke tempat kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI