fbpx

Bayaran parkir €50 (RM248) walaupun letak kereta sekejap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayaran letak kereta di jalan sekitar pantai Scheveningen walaupun dalam tempoh tidak lama kini dikenakan bayaran €50. - Foto EPA

AMSTERDAM, Belanda – Sama ada selama 10 minit atau sepanjang hari, bayaran sebanyak €50 (RM248.70) untuk meletak kenderaan di beberapa jalan tertentu diperkenalkan di The Hague, Belanda, lapor akhbar The Guardian semalam.

Skim perintis di bandar menghadap Laut Utara itu dikuatkuasakan selama setahun. Penduduk tempatan sudah lama mengadu bahawa mereka sukar mendapatkan petak letak kereta di bandar itu.

Bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas akibat kereta pelancong, pihak berkuasa tempatan memperkenalkan bayaran mahal tersebut iaitu €50.

“Kami mahu cara pengangkutan utama anda ialah kaki anda dan kemudian basikal diikuti pengangkutan awam. Ini tidak bermakna kami tidak membenarkan kereta di bandar kami. Ini sebaliknya bermakna bahawa cara pengangkutan utama anda haruslah berjalan kaki. Ia memberi manfaat bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga masa perjalanan.”

Bagaimanapun, seorang pemilik perniagaan di The Hague, Fleur Kruyt memberitahu stesen penyiaran tempatan, Omroep West bahawa dia tidak berminat dengan skim itu dan berkata: “Ini tidak akan membantu menjadikan perniagaan kami. Banyak bangunan di sini kosong. Saya  tidak faham mengapa anda menetapkan harga  €50 untuk pergi ke kedai.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI