fbpx

Pembahagian kerusi BN-PH di enam negeri hampir selesai – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

ALOR GAJAH – Proses pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di enam negeri hampir selesai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan rundingan di peringkat negeri itu akan turut dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Ahad ini.

Katanya, proses pembahagian itu berjalan dengan kesefahaman yang baik antara pemimpin-pemimpin bagi mengelak berlakunya pertembungan.

“Setakat ini persiapan kami adalah untuk menentukan kerusi-kerusi yang akan diagihkan dan di peringkat negeri-negeri, InsyaAllah ia telah hampir selesai perundingan di antara BN dan PH.

“Semua keputusan negeri-negeri akan dibawa ke parti masing-masing sebelum diadakan perundingan di peringkat nasional untuk kita memuktamadkan pembahagian terutamanya kerusi-kerusi,” katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Melaka di Villa D’Acqua, Masjid Tanah di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, agenda utama mesyuarat yang diadakan pada hujung minggu itu adalah bagi memperdengarkan persiapan parti-parti politik kerajaan perpaduan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat untuk melakukan penyelarasan kepada bukan sahaja aktiviti parti-parti dalam kerajaan perpaduan tetapi yang lebih penting adalah bagi beliau mendengar persiapan untuk pilihan raya di enam buah negeri.

“Kami memandang penting PRN ini kerana ia merupakan manifestasi terhadap pengiktirafan kepada Kerajaan Perpaduan memimpin negara keseluruhannnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI