fbpx

40 wilayah Russia haram penerbangan dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran di kilang penapisan minyak di Ilsky, wilayah Krasnodar selatan pada 4 Mei lalu. - AFP

MOSCOW – Sebuah agensi berita kerajaan Russia melaporkan bahawa penerbangan dron telah diharamkan di kira-kira 40 wilayah di negara itu, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK) semalam.

Laporan agensi berita RIA Novosti itu dibuat selepas pejabat Presiden Russia menuduh Ukraine menggunakan dron untuk menyerang Kremlin.

Kremlin mendakwa bahawa serangan itu adalah percubaan untuk membunuh Presiden Vladimir Putin, manakala Amerika Syarikat (AS) turut terlibat.

Menurut RIA Novosti, wilayah yang kini mengharamkan penerbangan dron termasuk Moscow, Saint Petersburg dan lain-lain wilayah berhampiran dengan sempadan Ukraine.

Sementara itu, agensi berita TASS melaporkan kebakaran berlaku di sebuah kemudahan penyimpanan bahan api di wilayah Krasnodar, dekat Semenanjung Crimea.

TASS memetik pihak berkuasa Russia sebagai berkata, kebakaran itu disebabkan oleh serangan dron dan berlaku di kawasan seluas 60 meter persegi.

Satu lagi kebakaran berlaku di sebuah kilang penapisan minyak di wilayah Krasnodar pada Rabu dan kelmarin. Kedua-dua insiden itu dikatakan berpunca daripada serangan dron.

Pemerhati-pemerhati politik berkata, pihak berkuasa Russia berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan siri kebakaran itu.

“Gangguan di rangkaian penyimpanan dan pengedaran bahan api berkemungkinan akan memaksa operasi mengisi minyak oleh tentera Russia dikurangkan,” kata Kementerian Pertahanan Britain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI