fbpx

View Chin tunjuk tangga, mengaku jadi lokasi ‘dating’ dengan Mira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
View Chin dedah tangga di pejabatnya sering dijadikan lokasi ‘dating’ bersama Mira.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, View Chin terbaharu menerusi siaran langsungnya di TikTok secara terbuka mengakui tangga di pejabatnya sering dijadikan tempat ‘dating’ bersama pekerjanya, Mira.

“Ini tangga hebat loh, ini selalu saya ‘date’ dengan Mira punya tempat kat sinilah,” dedahnya.

Bagaimanapun, menurut View Chin, tangga tersebut menghubungkan kawasan tempat simpanan barang dengan studio rakaman untuk dia dan Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah Firdaus melakukan video atau sesi pengstriman jualan di media sosial.

“Kenapa? Sebab tangga ni boleh sampai studio aku, studio untuk kita buat punya tempat,” jelasnya.

Terdahulu, kisah View Chin dan Mira menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas bekas isterinya, Shermine Hau Ah Moi mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua di aplikasi WhatsApp.

Wanita itu turut mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja tersebut dan menjadi punca kepada keretakkan rumah tangganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI