fbpx
Keadaan sebuah bilik yang terbakar di kediaman yang dihuni wanita OKU dan seorang remaja lelaki di apartment Central Garden, Jelutong, hari ini.

[VIDEO] Wanita OKU, adik lelaki selamat dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Dua beradik terdiri seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) dan remaja lelaki berdepan detik cemas apabila sebuah bilik di kediaman yang dihuni mereka di apartment Central Garden di Jelutong, di sini, terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Jalan Perak, A’azelan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mangsa wanita berusia 22 bersama adik lelakinya berusia 17 tahun sempat menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

“Kedua-duanya tidak mengalami kecederaan namun dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Kosmo!, di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, A’azelan memberitahu, pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila bomba tiba di tempat kejadian didapati terdapat kebakaran melibatkan sebuah bilik (kelas B) dan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 30 peratus.

“Komander Operasi membuat ‘size up’ dan mengarahkan anggota dengan membuat kerja-kerja pengawalan dan pemadaman,” katanya.

Jelasnya lagi, kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 11.09 pagi dan telah dapat dipadamkan pada pukul 11.14 pagi.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ telah dilakukan dan diserahkan kepada pasukan forensik untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada pukul 12.04 tengah hari tadi,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN