fbpx

Tiga kedai dua tingkat di Tanjung Api terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA buah kedai dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Api di Kuantan, malam semalam.

KUANTAN – Tiga buah kedai dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran di lorong Tanjung Api 12 Kampung Tanjung Api, di sini petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 7 petang itu menyebabkan sebuah kedai musnah seratus peratus manakala dua buah kedai lagi musnah 80 peratus.

“Tiada penghuni semasa kejadian dan tiada kemalangan jiwa atau mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran itu manakala bomba masih melakukan siasatan bagi mengenalpasti punca serta jumlah kerugian.

“Bomba terima panggilan panggilan pada pukul 7.23 malam dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12 pagi sekali gus menyelamatkan deretan empat buah kedai daripada terbakar,” katanya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI