fbpx

Pasangan kekasih mengaku salah buat aksi ‘wheelie’ bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN kekasih dihadapkan ke Mahkamah Trafik Kuantan di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Pasangan kekasih yang tular melakukan aksi ‘wheelie’ di Jalan Chendor menghala ke Kemaman, Terengganu, menerusi sebuah video pada 12 Mac lalu, mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Khas Trafik Kuantan, di sini hari ini.

Penunggang yang bekerja di sebuah pusat mencuci kenderaan dan kekasihnya membuat pengakuan terbabit di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Dalam pertuduhan yang dibacakan secara berasingan itu, remaja lelaki terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan menunggang motosikal sambil melakukan aksi ‘wheelie’ yang berbahaya bersama kekasihnya.

Sementara kekasihnya pula mengaku salah atas pertuduhan sebagai pembonceng, telah membantu melakukan aksi pada pukul 5.30 petang itu.

Remaja lelaki terbabit didakwa sebagai penunggang motosikal jenis Honda EX5 warna putih atas jalan tersebut dengan cara mengangkat tayar hadapan dari jalan Chendor menghala ke arah Kemaman.

Sementara itu, kekasihnya yang masih bersekolah turut didakwa sebagai pembonceng dalam aksi yang sama.

Kedua-dua mereka yang berusia 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta tidak lebih RM15,000.

Susulan itu lesen memandu tertuduh diendors oleh mahkamah dan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu dalam tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.

Sebelum itu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Nafizah Ismail menawarkan ikat jamin RM2,000 untuk setiap tertuduh.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela meminta jaminan dikurangkan atas alasan ahli keluarga mereka tidak berkemampuan.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM800 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 7 Jun depan bagi mendapatkan laporan akhlak.

Pada Ahad, tular satu video berdurasi 54 saat itu tular di laman sosial, selepas pasangan tersebut melakukan aksi wheelie di Jalan Chendor menghala ke Kemaman.

Namun, kedua- dua remaja yang berusia masing-masing 17 tahun itu ditahan pihak polis di hadapan rumah lelaki terbabit di Kampung Balok, di sini Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI