PETALING JAYA – Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad mengumumkan penawaran koleksi terbaharu bertemakan Disney yang dinamakan ‘Always Magical’.
Lebih 500 produk yang menampilkan watak-watak Disney kegemaran ramai seperti Mickey Mouse dan rakan-rakan kini boleh didapati di cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR di seluruh negara.
Antara produk bertemakan Disney yang ditawarkan termasuk set kutleri dan perkakas dapur, bekas makanan, botol air dan gelas, mainan, serta barangan kegunaan rumah seperti jam dinding.
Turut ditawarkan ialah rangkaian aksesori fesyen bertemakan Disney seperti anting-anting, rantai leher, gelang dan kaca mata hitam yang sesuai untuk setiap acara.
Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, Disney adalah jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan ramai rakyat Malaysia membesar dengan menonton filem-filem Disney dan mempunyai watak Disney kegemaran masing-masing.
Tambahnya, antara produk yang menjadi kegemaran pelanggan ialah jam dinding, tumbler dan bekas makanan bertemakan Mickey Mouse.
“Kami ingin menjadikan barangan bertemakan Disney yang berkualiti tinggi boleh didapati oleh para peminat dari semua peringkat umur pada harga yang berpatutan.
“Apa yang penting adalah kami dapat menambah nilai dan memberi pengalaman membeli-belah lebih baik kepada pelanggan dan menerusi kerjasama dengan Disney, kami dapat menjadikan kunjungan mereka ke MR D.I.Y. Always Magical,” katanya.