fbpx

MR D.I.Y. PLUS berkonsep antarabangsa di IPC Shopping Centre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MR DIY PLUS melancarkan cawangan terbaharu di Mutiara Damansara.

PETALING JAYA – Superstore nilai kegemaran Malaysia, MR D.I.Y. PLUS melancarkan cawangan terbaharunya yang menggunakan konsep antarabangsa hari ini, di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara di sini.

Diinspirasikan daripada ikon antarabangsa terkenal seperti Dubai’s Miracle Garden, belon udara panas Turki dan hiasan Aidilfitri di Asia Barat, superstore berkenaan menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik dan berwarna-warni untuk pelanggan.

Buat kali pertama, ia juga menampilkan rangkaian penuh alat dan peralatan perkakasan EMTOP.

Cawangan baharu itu berkeluasan lebih 23,000 kaki persegi (2,136 meter persegi) dan menawarkan produk daripada empat jenama Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad, iaitu MR D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. TOY dan EMTOP di bawah satu bumbung.

Ia juga mempunyai beberapa ciri unik termasuk dinding interaktif, sudut eko, ruang acara untuk bengkel dan aktiviti, serta sudut yang direka bentuk secara kreatif sesuai untuk foto di Instagram.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y. [CEO] Adrian Ong berkata, ini merupakan MR D.I.Y PLUS bertema pertama Kumpulan, yang mencerminkan komitmen untuk sentiasa mencipta konsep baharu bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang menarik.

“Kami tahu bahawa rakyat Malaysia gemar melancong dan mengambil gambar, justeru kami mereka sebuah superstore yang mempamerkan keindahan beberapa tempat ikonik di dunia untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dan memberi lebih keseronokkan buat mereka.

“Mutiara Damansara merupakan kawasan kediaman yang kukuh dengan minda membeli-belah yang matang dan penduduknya sudah pasti menghargai pelbagai keperluan harian serta nilai yang kami tawarkan untuk belanjawan isi rumah mereka dengan ruang yang selesa, ceria dan mesra.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pengurusan IPC Shopping Centre, yang bekerjasama dengan kami untuk merealisasikan visi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan rasmi bagi cawangan baharu, Kumpulan MR D.I.Y. mengadakan beberapa siri aktiviti dan promosi perayaan dari 29 hingga 31 Mac 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI