fbpx

Lebih banyak mesin pengimbas di pintu keluar masuk Malaysia-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (kiri) menerima kunjungan Ruslin selepas beliau mengadakan lawatan ke CIQ BSI, Johor Bahru pagi tadi

JOHOR BAHRU – Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah akan dilengkapi dengan lebih banyak mesin pengimbas bagi memudahkan penumpang bas melalui proses kemasukan di pintu keluar masuk antarabangsa laluan darat itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penguatkuasaan dan penambahan bas penumpang juga akan dilakukan bagi mempercepat proses serta aliran trafik di kedua-dua pintu masuk berkenaan.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui selepas beliau melakukan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Ruslin Jusoh yang melakukan lawatan kerja di CIQ BSI pada pagi tadi.

Lebih menggembirakan, jelasnya, JIM akan memperkenal formula baharu pertukaran syif bagi memastikan semua kaunter imigresen di pintu keluar masuk di dua-dua pintu masuk tersebut dibuka pada waktu puncak.

“Bagi memastikan semua kaunter beroperasi pada waktu puncak, formula baharu pertukaran syif akan diperkenalkan supaya tidak akan berlaku lagi pertukaran pada waktu puncak.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Ruslin dan seluruh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu kesesakan di Tambak Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ruslin memberitahu, pelaksanaan formula baharu tersebut amat penting dalam memastikan tiada kesesakan pada waktu puncak kerana tiada kakitangan di kaunter akibat pertukaran syif pekerja.

Tambahnya, JIM sedang meneliti formula baharu pertukaran syif 7 pagi termasuk memperkenalkan formula baharu syif ditukar di luar waktu puncak.

Ketika ini, CIQ BSI kekurangan hampir 300 kakitangan bagi membolehkan agensi penguat kuasa itu melaksanakan pembukaan semua 284 kaunter secara maksimum pada waktu puncak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI