fbpx

Imigresen Johor sedia terima jumlah pelawat tinggi di BSI, KSAB, Aidilfitri ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMIGRESEN Johor siap sedia hadapi peningkatan jumlah kemasukan pelawat ke Malaysia melalui BSI dan KSAB sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

JOHOR BAHRU – Jumlah kemasukan pelawat ke Malaysia melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka melebihi jumlah kemasukan tempoh sama, tahun lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir sehubungan itu berkata, pihaknya telah menambahbaik tatakelola di kedua-dua pintu masuk agar aliran trafik berjalan lancar pada waktu berkenaan.

Menurut beliau, jumlah kemasukan pelawat bagi Aidilfitri tahun lalu untuk tempoh tiga hari iaitu sehari sebelum Aidilfitri serta hari raya pertama dan kedua adalah seramai 357,265 orang.

“Imigresen Johor menganggarkan akan berlaku pertambahan pelawat masuk ke negara ini waktu sama pada Aidilfitri ini. Perkara ini selari dengan rekod seramai 41,415,834 pelawat yang masuk melalui BSI dan KSAB bermula Januari hingga Mac tahun ini.

“Purata kemasukan sebulan adalah seramai 11,258,721 pelawat, manakala purata harian adalah seramai 367,076 pelawat. Ini peningkatan yang ketara berbanding tempoh sama pada tahun 2022,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Baharuddin, kesemua kaunter pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor akan beroperasi secara optimum iaitu melibatkan lokasi pemeriksaan kereta, motosikal dan dewan bas di kedua-dua pintu sempadan negara berkenaan.

“Ini termasuklah pengaktifan laluan kontra dan kaunter hibrid sekiranya diperlukan bagi melancarkan pergerakan trafik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI