fbpx

Laluan kontra ke Singapura diaktifkan minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY LOKE mengadakan lawatan kerja ke CIQ KSAB, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor bagi melihat operasi laluan kontra hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri akan melaksanakan laluan kontra bagi kenderaan arah keluar dari Malaysia ke Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini seawal minggu depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan negeri mendapat ‘lampu hijau’ berbuat demikian setelah laluan keluar itu dilengkapi dengan sistem kawalan Permit Kemasukkan Kenderaan Asing (VEP) bergerak.

Katanya, laluan masuk dan keluar kenderaan ke Malaysia melalui CIQ Banggunan Sultan Iskandar (BSI) dan KSAB telah dipasang dan dioperasikan sistem VEP dan Caj Jalan (RC).

“Melalui sistem VEP, semua kenderaan pendaftaran Singapura yang masuk ke Malaysia akan direkodkan maklumat kemasukannya. Bagi melengkapkan transaksi laporan, sistem VEP juga akan turut merekodkan kenderaan yang keluar dari Malaysia.

“Justeru, kita akan meletakkan kenderaan yang dilengkapi dengan sistem kamera VEP di laluan kontra itu, bagi membolehkan rekod kenderaan yang melalui laluan kontra dapat direkodkan.

“Semua pergerakan keluar kenderaan akan boleh direkodkan melalui sistem mobile itu, ia bagi menyokong pelaksanaan laluan kontra tersebut,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke CIQ KSAB di sini hari ini.

Anthony Loke berkata, pengaktifan laluan kontra sebanyak 12 kaunter imigresen itu akan menjadikan sebanyak 36 kaunter beroperasi dalam satu masa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI