fbpx

Reman 2 anggota polis ‘pau’ lelaki di BSI disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEMPOH reman terhadap dua anggota polis yang didakwa telah memeras ugut seorang lelaki di BSI, Johor Bahru Selasa lalu ditambah sehingga 9 April.

JOHOR BAHRU – Reman terhadap dua anggota polis yang dipercayai terlibat memeras ugut seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini Selasa lalu telah ditambah sehari, sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tambahan reman itu bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan pihaknya.

“Kedua-dua mereka dibenarkan lanjut reman satu hari sehingga 9 April. Mereka juga akan diwakili peguam. Perintah tambahan reman itu dikeluarkan Majistret, Suhaili Sapun,” katanya kepada pemberita.

Kelmarin, kedua-dua anggota berusia 32 dan 33 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Mereka ditahan setelah polis menerima laporan seorang lelaki mendakwa telah diperas ugut oleh kedua-dua suspek ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia di BSI.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI