fbpx

Ajal ketika ke tempat kerja di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal meninggal dunia di laluan motosikal masuk ke Singapura di BSI, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal meninggal dunia di laluan motosikal masuk ke Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu, lelaki yang berusia 29 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihak telah menerima satu laporan polis mengenai kejadian itu pada pukul 8.45 pagi.

“Kita dimaklumkan terdapat seorang lelaki warga tempatan telah ditemui meninggal dunia di laluan motosikal masuk ke Singapura.

“Kematian Mangsa telah disahkan pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru disyaki sesak nafas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp memaklumkan seorang lelaki selepas mengimbas pasport untuk masuk ke negara jiran.

“Bagi yang mengenali keluarga sahabat kita, Allahyarham Faris Azmi, boleh update (maklumkan) dekat keluarganya.

“Arwah baru menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi dekat kaunter kastam selepas scan (mengimbas) pasport,” kata mesej tular itu.

Raub berkata, setakat ini tiada dikesankan sebarang perbuatan jenayah atas kematian mangsa, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI