fbpx

Kapal kargo ditahan sauh tanpa kebenaran di Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kargo yang ditahan APMM di perairan Sekinchan, malam tadi.

KLANG – Tindakan sebuah kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran di perairan Sekinchan membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), malam tadi.

Kapal yang difahamkan dari Chittagong, Bangladesh dan sedang menuju ke Singapura ditahan pada kedudukan 21 batu nautika barat daya Sekinchan kira-kira pukul 10 malam tadi.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, penahanan itu adalah hasil maklumat Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Klang yang mengesan kedudukan kapal mencurigakan kira-kira pukul 1.40 petang.

Katanya, bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi tersebut selepas dimaklumkan Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) bahawa kapal kargo itu tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 22 kru lelaki termasuk nakhoda yang merupakan warga Vietnam berusia antara 30 hingga 59 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan. Kapten serta seorang kru kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak RM100,000 atau kedua-duanya sekali. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI