fbpx

Cuaca panas: Hati-hati ular menyorok dalam tandas, almari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca panas yang melanda negara ketika ini mengundang kehadiran reptilia seperti ular ke dalam rumah untuk mencari kawasan sejuk dan lembap.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), orang ramai perlu peka dengan tempat-tempat berisiko yang boleh menjadi sarang ular.

Reptilia ini kebiasaannya memilih kawasan-kawasan sejuk dan lembab seperti tandas, almari baju, stor dan bilik tidur yang gelap.

“Tandas, stor yang gelap serta bilik gelap berisiko menjadi menjadi sarang ular. Ular yang bersaiz kecil biasanya memilih kasut,” katanya.

Tambahnya, PHM menyarankan beberapa langkah sebagai langkah berjaga-jaga daripada kewujudan ular ini.

Poste info yang dikongsi PHM di Facebook.

“Pastikan lubang dan ruang bawah pintu ditutup rapat. Sentiasa berjaga-jaga, ketuk kasut terlebih dahulu sebelum memakai.

“Kemas rumah, buang longgokan barang yang tidak digunakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI