fbpx
Tangkap layar ular yang ditemui di sebuah rumah.

Tiga kali ular ‘datang’ rumah dalam masa sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi pengalaman cemas apabila rumahnya dimasuki ular sebanyak tiga kali dalam sehari.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan di Threads Assyakira, dia merakam kemunculan tiga spesies reptilia tersebut di sekitar rumahnya.

“Tiga ekor sekali mai (datang) melawat kami dekat rumah,” tulisnya dalam hantaran itu.

Bagaimanapun pemilik akaun tersebut tidak memperincikan lokasi kejadian dan jenis ular yang ditemuinya.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-rata terkejut dengan kejadian tersebut dan berkongsi pelbagai pandangan di ruangan komen.

“Video pertama, kedua dan ketiga itu spesies berbeza. Video pertama ular punti atau tiong, mangrove cat eye snake (boiga melanota) separa berbisa, tidak berbahaya kepada manusia.

“Video kedua, katam payung, Malayan krait (bungarus candidus), berbisa tinggi dan berbahaya. Video ketiga tidak jelas, tapi macam Malayan pit viper (Calloselasma rhodostoma), berbisa tinggi dan berbahaya kepada manusia,” kata Arerep.

“Alamak seramnya, semua berbisa pula tu,” kata Xrutsamuyx.

“Telefon bomba tolong,” balas Raratinta.

“Allah, sis baca doa ya lindung daripada binatang berbisa. Jangan lupa telefon bomba ke JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) ke,” kata Nrfatehali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN