fbpx

KKR sedia tawar bantuan insiden tanah runtuh di Wisma YPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian tanah runtuh di Wisma YPR, Kuala Lumpur awal pagi tadi. - Foto FACEBOOK BOMBA KUALA LUMPUR

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia menghulurkan segala bentuk bantuan berkaitan insiden tanah runtuh yang berlaku di Wisma YPR Off Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur awal pagi tadi sehingga mengorbankan nyawa seorang pengawal keselamatan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya akan menawarkan bantuan sekiranya diminta oleh pihak terbabit.

“Berdasarkan laporan awal, saya difahamkan premis itu adalah milik swasta dan berada di bawah penyelarasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antaranya berdasarkan peruntukan Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan serta beberapa undang-undang kecil berkaitan.

“Bagaimanapun, di pihak KKR saya ingin memaklumkan kita bersedia untuk menawarkan bantuan dalam apa juga cara di bawah kapasiti KKR, sekiranya diminta oleh pihak-pihak yang terbabit,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terkorban dalam insiden berkenaan.

“Saya bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan yang ditemui meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di pondok pengawal di Wisma YPR, Taman Seputeh di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

“Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila tebing setinggi kira-kira enam meter menghempap pondok tempat mangsa bertugas, menyebabkannya tertimbus, dalam kejadian tengah malam tadi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI