fbpx

Ketua Polis Daerah buat laporan terhadap Ahli Majlis MBSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong Chern (kiri), David (kanan).

SEBERANG PERAI – Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook, David Marshel yang merupakan Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Superintendan Lee Chong Chern berkata, beliau menyedari kenyataan yang dimuat naik David itu petang semalam dan laporan polis kemudiannya dibuat pada pukul 10.04 malam hari sama.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk siasatan lanjut.

“Semakan maklumat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dilakukan selepas memperolehi kebenaran untuk menyiasat (OTI),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kenyataan yang dimuat naik David Marshel di laman sosial Facebook semalam.

Semalam, David telah memuat naik kenyataan berbaur fitnah dengan mendakwa Ketua Polis Daerah SPS enggan dan sengaja melambatkan proses kelulusan permit untuk perarakan pedati bagi upacara keagamaan penganut agama Hindu di daerah itu.

Antara kandungan yang dinyatakan menyebut beberapa permohonan kuil ditolak atas sebab tidak munasabah sekali gus menidakkan hak penganut agama Hindu yang mahu mengadakan upacara keagamaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI