fbpx

Dua ‘stesen minyak’ haram diserbu KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta dengan tangki diubah suai sedang menyedut keluar diesel ketika serbuan oleh KPDN di kawasan lapang di Wang Kelian, dekat Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Dua lagi ‘stesen minyak’ haram yang menjual bahan bakar bersubsidi kepada kenderaan asing diserbu pasukan penguat kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Wang Kelian, dekat sini semalam.

Pengarah KPDN negeri, Norazah Jaapar berkata, kegiatan penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi itu berjaya dibongkar menerusi Ops Tiris yang dijalankan di kawasan tanah lapang di situ.

Katanya, serbuan dilakukan pada pukul 11.15 pagi hasil risikan yang dilakukan sejak beberapa minggu yang lalu.

“Dalam serbuan di lokasi pertama, kami mendapati sebuah kereta sedang menyedut keluar diesel dari tangki tambahan kenderaan tersebut menggunakan pam penyedut minyak beserta hos masuk ke dalam tong dram.

“Ia melibatkan sebanyak 1,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan sebanyak 1,000 liter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, seorang remaja lelaki warga tempatan berusia 17 tahun yang berada di lokasi serbuan mengaku sebagai pengambil upah bagi kegiatan penyelewengan diesel ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Norazah, kesemua minyak diesel, tong drum, pam penyedut minyak, paip getah penyedut minyak, sebuah kereta yang mempunyai tangki tambahan dengan nilai rampasan di lokasi pertama dianggarkan bernilai RM7,850.00 disita untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI