fbpx

Remaja tunggang motosikal lagak ‘superman’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMAJA ditahan kerana melakukan aksi seperti superman ketika menunggang motosikal di Jalan Lingkaran Tengah, Taman Perdana, Kluang.

KLUANG – Seorang remaja yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi seperti ‘superman’ berjaya ditahan polis, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, remaja berkenaan yang berusia 17 tahun ditahan di rumahnya di Taman Kluang Barat dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Katanya, sebelum itu pihaknya menerima kiriman video menunjukkan dua orang penunggang motosikal melakukan aksi dengan meluruskan kaki di atas motosikal ala ‘superman’ dipercayai di Jalan Lingkaran Tengah, Taman Kluang Perdana, Kluang.

“Berikutan itu, pihak polis telah pergi ke rumah remaja berkenaan dan mendapati motosikal yang digunakan ada di hadapan kediamannya.

“Hasil siasatan mendapati remaja berkenaan mengaku melakukan aksi dimaksudkan pada hari kejadian dan ditahan Seksyen 42 (1) APJ 1987,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, remaja berkenaan telah menunggang motosikal secara bahaya kepada pengguna jalan raya pada 1 Mei 2023 di Jalan Lingkaran Tengah, Taman Kluang Perdana yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI