fbpx

Peminat ‘makan hati’ Jimin BTS pandang Zahirah Macwilson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video memaparkan Jimin melihat Zahirah yang sedang bergambar.

PETALING JAYA – Perkongsian video pelakon Zahirah Macwilson ketika menghadiri acara pembukaan sebuah butik barangan kemas terkemuka di New York, Amerika Syarikat (AS) menuai rasa cemburu peminat kumpulan Kpop terkenal, BTS apabila salah seorang anggotanya, Jimin dilihat turut berada acara sama.

Lebih membuatkan peminat penyanyi asal Korea Selatan itu ‘makan hati’ ialah apabila video yang dimuat naik isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza berkenaan ialah Jimin dilihat merenung terhadap Zahirah yang sedang bergambar.

Ketika sibuk bergaya, kelihatan kelibat Jimin cuba melintasi hadapan pelakon berusia 28 tahun itu sebelum langkahnya terhenti apabila melihat Zahirah sedang beraksi di hadapan kamera.

“Made it to Tiffany’s. Hi Jimin,” tulis Zahirah.

Bagaimanapun ketika menunggu giliran, Jimin dirakam sempat memandang Zahirah dan seolah-olah terpukau dengan kecantikannya.

Gelagat penyanyi berusia 27 tahun itu membuatkan rata-rata peminatnya berasa cemburu kerana Zahirah berpeluang mendekatinya dalam sebuah acara yang sama.

“Kalau saya dekat situ, mata tak boleh pandang kamera. Asyik nak tengok Jimin,” kata seorang peminatnya.

“Jimin pandang dua kali. Kali kedua tertancap matanya pada Zahirah,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Untungnya. Dia (Jimin) terpegun dengan kecantikan Zahirah,” kata seorang netizen.

Selain Jimin, Zahirah yang mewakili selebriti dari Malaysia bersama-sama pelakon, Meerqeen turut berpeluang bergambar bersama bintang terkenal Hollywood, Gal Gadol yang juga merupakan duta jenama aksesori mewah itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI