fbpx

Purata peruntukan sekolah persendirian Cina, Tahfiz tidak seimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Saleh.

MELAKA – Bantuan khas yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dilihat tidak seimbang berbanding peruntukan bagi institusi pendidikan agama dengan jurang agihan sebanyak RM132,500 bagi setiap sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, susulan itu kerajaan disarankan agar mengkaji semula jumlah peruntukan tersebut untuk diseragamkan dan lebihan dana sebaiknya diberikan kepada sekolah menengah aliran kebangsaan yang dapat memanfaatkan semua kaum.

“Agihan peruntukan ini membangkitkan persoalan dari segi purata jumlah peruntukan, sebagai contoh RM150 juta bagi 1,276 buah sekolah (Institusi Sekolah Agama Berdaftar) yang membawa maksud setiap satu sekolah hanya dapat RM117,500.

“Ini dibandingkan dengan peruntukan sebanyak RM15.7 juta bagi 63 buah SMPC dengan setiap sekolah akan mendapat dana RM250,00. Kelulusan itu perlu disemak semula dan diseragamkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Pada 20 April lalu media melaporkan, kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 SMPC di seluruh negara.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, setiap sekolah akan menerima bantuan RM250,000 yang akan diberikan dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, dengan majlis penyerahan rasmi pada 5 Mei ini.

Tambah Muhamad Akmal, kedudukan Institusi Sekolah Agama (SA) dan SMPC adalah tidak sama di sisi perlembagaan, yang mana peruntukan pendidikan agama diberikan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukannya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Jika alasan peruntukan diberikan kepada SMPC atas faktor kekurangan dana,maka kami mencadangkan agar mana-mana SMPC yang tidak mampu untuk menjalankan operasi ini diserapkan di dalam sekolah aliran kebangsaan.

“Saya percaya lebih banyak sekolah aliran kebangsaan yang daif dan lebih memerlukan bantuan dana berbanding persendirian cina sedia maklum dibiayai secara persendirian oleh pihak swasta tanpa memerlukan dokongan kerajaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI