fbpx

Pemilik Honda Wave Alpha dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan polis berada di lokasi kejadian di KM 5.8, Jambatan Kedua menghala ke Bayan Lepas dari Batu Kawan petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang individu dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Kilometer 5.8 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau lebih dikenali Jambatan Kedua dari Batu Kawan menghala ke Bayan Lepas di sini petang tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu dikatakan bertindak meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda Wave Alpha di tepi tembok jambatan berkenaan.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.13 petang dan operasi mencari setakat pukul 7 malam ini belum menemui mangsa .

“Pihak pengurusan Jambatan Kedua Pulau Pinang memaklumkan terdapat sebuah motosikal ditinggalkan di atas jambatan dikhuatiri milik mangsa. Tindakan anggota adalah melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat di permukaan air serta dibantu pasukan polis Marin dan Maritim Malaysia (APMM),” katanya di sini.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI