fbpx

Kerajaan mahu noktahkan kemiskinan tegar dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyantuni rakyat Kedah yang hadir pada Rumah Terbuka Malaysia Madani di Alor Setar, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Kerajaan Perpaduan akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk menoktahkan masalah kemiskinan tegar di seluruh negara termasuk di Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya memerlukan kerjasama daripada jentera kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pada tahun ini kita ambil keputusan untuk menoktahkan kemiskinan tegar dan antara negeri yang mencatatkan miskin tegar adalah Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu serta Kedah.

“Tanpa kecuali, kita akan pastikan masalah miskin tegar dalam negara termasuk di seluruh Kedah akan ditangani dengan baik menerusi program Kerajaan Perpaduan Madani,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di sebuah hotel, di sini hari ini.

Kata beliau, ia sesuatu perkara yang mengaibkan bagi negara yang mempunyai keupayaan dengan khazanah besar seperti minyak dan gas, kelapa sawit serta pelbagai industri lain, sekiranya soal asas iaitu miskin tegar tidak dapat diselesaikan.

Anwar dalam ucapan sama turut memaklumkan akan memberi tumpuan kepada Kedah dengan memperuntukkan perbelajaan yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu mencecah RM1.6 bilion pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI