fbpx

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan pagi ini.

PETALING JAYA – Trafik di kebanyakan lebuh raya utama pagi ini kelihatan lancar ekoran orang ramai sudah pulang ke ibu kota, sebelum cuti pada hujung minggu ini.

Menerusi hantaran di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, terdapat beberapa kawasan yang masih berlaku peningkatan trafik.

“Setakat pukul 7.30 pagi, trafik masih bergerak lancar di sepanjang Lebuh Raya Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) termasuk di Plaza tol Gombak dan Plaza tol Kuala Terengganu.

“Bagaimanapun, trafik masih bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai pada pukul 8.17 pagi tadi,” katanya dalam hantaran hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan LLM menjangkakan jumlah peningkatan trafik melebihi empat juta kenderaan di seluruh lebuh raya utama pada hujung minggu ini.

Jangkaan tersebut dibuat berikutan cuti sempena Hari Buruh dan juga pembukaan sesi persekolahan pada minggu hadapan.

Difahamkan, jumlah kenderaan tersebut dijangka hampir sama sehari sebelum perayaan Aidilfitri, Jumaat lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI