fbpx

PLUS rangkul anugerah perak strategi pengurusan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemangku Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Iskandar Dzulkili menerima Anugerah Perak bagi Kategori Strategi Pengurusan Krisis Terbaik pada Anugerah Perhubungan Awam 2023 Anjuran Marketing-Interactive (Marketing-Interactive 2023 PR Awards) yang berlangsung di Singapura semalam.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerima anugerah Perak bagi kategori Strategi Pengurusan Krisis Terbaik pada Anugerah Perhubungan Awam 2023 anjuran Marketing-Interactive (Marketing-Interactive 2023 PR Awards) yang berlangsung di Singapura semalam.

Menerusi pencalonan projek “RFID Rollout Blowout!”, PLUS merupakan antara enam finalis dari
rantau ini termasuklah organisasi dari Amerika Syarikat, Indonesia dan Singapura.

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata, pasukan komunikasi korporat telah merangka dan melaksanakan strategi pengurusan krisis bagi menangani isu-isu persepsi awam yang bangkit apabila sistem RFID dilaksanakan di Lebuh Raya Utara-Selatan pada Januari tahun lalu.

“Hasil daripada strategi pengurusan krisis tersebut, isu-isu awam yang berkait rapat dengan
tanggapan serta persepsi terhadap pelaksanaan RFID telah dapat ditangani.

“Kini semakin ramai yang beralih kepada sistem RFID, seiring dengan hasrat Kerajaan melaksanakan sistem Multi-Lane Fast Flow (MLFF) pada masa yang akan datang,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI