fbpx

Datuk bandar 16 anak kahwin gadis remaja 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hissam Hussein Dehaini (kiri) berusia 65 tahun berkahwin dengan Kauane Rode Camargo berumur 16 tahun di Brazil pada bulan lalu. - Foto Newsflash

BRASILIA – Seorang datuk bandar di Brazil yang berkahwin dengan naib juara pertandingan ratu cantik berusia 16 tahun sebenarnya telah mempunyai 16 orang anak dan pernah berkahwin sebanyak enam kali, lapor portal berita Daily Star semalam.

Datuk Bandar Araucaria, Hissam Hussein Dehaini yang berusia 65 tahun, dilaporkan mengahwini remaja perempuan, Kauane Rode Camargo bulan lalu.

Camargo merupakan pelajar sekolah menengah dan pada tahun lepas, dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Araucaria dalam kategori remaja serta mendapat tempat kedua. Beberapa laporan menyatakan, gadis itu berusia 16 tahun sehari sebelum perkahwinannya.

Bagaimanapun, datuk bandar berkenaan kemudian meletak jawatan selepas perkawinannya dikritik hebat.

Dehaini berkahwin buat kali pertama pada tahun 1980 iaitu sebelum ibu gadis tersebut dilahirkan.

Portal berita Metropoles  mendedahkan bahawa bekas datuk bandar itu mempunyai 16 orang anak, seorang daripada mereka telah meninggal dunia.

Menurutnya, pada tahun 2000, Dehaini telah dihadapkan kepada Suruhanjaya Siasatan Parlimen (CPI) berkaitan tuduhan pengedaran dadah. Lelaki tersebut mengisytiharkan dirinya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengedaran dadah kepada CPI.

Dahaini bagaimanapun didakwa bertanggungjawab menyelenggarakan makmal penapisan dadah, melindungi pengedar dan membayar polis untuk melindungi mereka.

Sehari selepas perkahwinannya pada 12 April lalu, ibu Kauane, Marilene Rode, 36, dilaporkan dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Kebudayaan Araucaria. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI