fbpx

11 terkorban bot terbalik di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA penyelamat mengalihkan mayat mangsa bot terbalik selepas meninggalkan Pelabuhan Tembilahan di daerah Indragiri Hilir hari ini. – AFP

JAKARTA – Seramai 11 orang lemas di barat Indonesia selepas sebuah bot penumpang membawa berpuluh-puluh orang terbalik, kata seorang pegawai hari ini

Anggota-anggota penyelamat menyelamatkan 62 orang dan menemui mayat yang kebanyakan mereka ialah wanita dan kanak-kanak selepas kemalangan berlaku di luar pantai wilayah Riau tengah hari semalam, kata pegawai agensi mencari dan menyelamat tempatan, Kukuh Widodo dalam satu kenyataan.

“Bot yang terbalik membawa 74 orang. 62 terselamat dalam kemalangan itu, manakala 11 terkorban dan seorang lagi masih dicari,” kata Kukuh

Bot menuju ke bandar Tanjung Pinang di Kepulauan Riau itu terbalik tidak lama selepas meninggalkan Pelabuhan Tembilahan yang terletak 198 kilometer di wilayah jirannya.

“Punca kemalangan masih disiasat,” tambah Kukuh.

Dia memberi amaran bahawa bilangan mangsa hilang boleh meningkat kerana angka sebenar orang yang menaiki bot tersebut, Evelyn Calista 01 tidak dapat disahkan.

Kemalangan marin biasa berlaku di Indonesia yang mempunyai sekitar 17,000 buah pulau berikutan standard keselamatan yang lemah.

Pada 2018, lebih 150 orang mati lemas apabila sebuah feri tenggelam di dalam tasik antara yang paling dalam di dunia di Pulau Sumatera. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI