fbpx

Kanak-kanak maut selepas makan kek hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manvi menyambut ulang tahunnya yang ke-10 bersama keluarganya pada 24 Mac. - THE FREE PRESS JOURNAL

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat keracunan makanan, dipercayai selepas makan kek ulang tahun kelahirannya yang ke-10, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Kejadian berlaku di Patiala, Punjab.

Menurut datuk mangsa, Harbal Lal, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Manvi itu tidur selepas dia diraikan oleh keluarganya dalam acara berkenaan. 

Mangsa sempat meminta air dan mengadu bahawa mulutnya kering selepas bangun daripada tidur. 

Dia dibawa ke hospital pada keesokan paginya selepas keadaan kesihatannya semakin merosot. 

Meskipun diberi bantuan pernafasan, mangsa tidak dapat diselamatkan sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ahli keluarga mangsa dikatakan turut mengalami simptom yang sama selepas memakan kek yang ditempah secara online daripada sebuah bakeri di Patiala. 

Laporan maklumat pertama atau FIR telah difailkan terhadap pemilik bakeri itu.

“Bedah siasat mayat telah dilakukan. Sampel daripada kek itu juga telah dihantar untuk menjalani ujian. Kami sedang menunggu laporan,” kata keluarga tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI