fbpx

Baju raya Sabella serendah RM30 bantu golongan kurang berkemampuan bergaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI FATIMAH (kanan) melayan pelanggan yang berkunjung ke Jualan Gudang Sabella di ibu pejabat syarikat di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Prihatin dengan cabaran dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini, ramai yang bijak memilih platform sesuai untuk membeli-belah termasuk online selain mencari berpeluang hadir ke jualan gudang anjuran sesebuah syarikat pengeluar.

Ini adalah salah satu cara Sabella Holdings Sdn. Bhd. (Sabella) yang kini telah masuk tahun ketiga menganjurkan jualan gudang dalam bulan Ramadan.

Ini bertujuan untuk membantu semua golongan untuk membeli baju raya pada harga yang sangat murah berbanding harga di pasaran semasa termasuk di platform online.

Apatah lagi Sabbela sendiri terkenal dengan imej menjual pakaian pada harga murah dan memiliki ciri-ciri fesyen asas yang mudah dan selesa mampu memenuhi keperluan pelanggan selain tidak bergosok.

Pengasas syarikat, Siti Fatimah Abd Samad berkata, ini adalah cara syarikat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Kami mahu menyokong mereka. Jika kami nak bersedekah banyak, tetapi kami tidak mampu untuk berbuat demikian tetapi kami ada cara tersendiri dan kami mahu memberi lebih kepada semua,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Beliau menyasarkan kira-kira 70 hingga 80 peratus daripada stok pakaian daripada jualan di ibu pejabat dan empat outlet lain akan habis dijual.

Kosmo!: Boleh jelaskan tentang jualan gudang yang dianjurkan oleh syarikat?
Siti Fatimah: Jualan gudang di ibu pejabat kami di Batu Caves, Gombak ini telah bermula pada 15 Mac lalu dan akan berakhir pada 7 April ini.

Selain itu, terdapat empat lagi outlet lain yang mengadakan jualan gudang iaitu di Mydin Tunjong di Kelantan; Terengganu Equestrian Resorts, Terengganu; Dewan Teratai, Shah Alam dan Masjid UKM, Bangi yang mana di semua outlet ini baru bermula kelmarin.

Apa istimewanya jualan gudang pada tahun ini?
Bersempena bulan Ramadan ini, kami tawarkan harga yang berbaloi kepada masyarakat dan kumpulan sasaran yang tidak mampu membeli baju raya.

Kami tawarkan harga baju serendah RM30 hingga RM40 dan lebih menarik, jika pelanggan membeli dua helai pakaian maka mereka akan mendapat sepasang lagi secara percuma.

Kami sediakan sebanyak 300,000 helai pa­kaian dan diagihkan juga kepada empat outlet lain selain dari ibu pejabat.

Adakah jualan ini difokuskan kepada golongan tertentu sahaja?
Kami jual kepada semua golongan tidak kira dia adalah daripada kumpulan B40 atau M40, malah T20 yang mana kami mahu membantu meringankan beban masyarakat dalam ke­adaan ekonomi yang sukar.

Adakah jualan ini melibatkan pakaian raya koleksi terbaharu­ Sabella?
Tawaran koleksi adalah pelbagai termasuk yang baharu tetapi untuk koleksi terbaharu kami lebih tertumpu kepada jualan di platform online.

Ini penganjuran kali ke berapa jualan gudang Sabella dan bagaimana sambutan orang ramai serta adakah syarikat membuat sebarang unjuran jualan daripada program ini?
Ini tahun ketiga kami anjurkan jualan gudang dan kami sediakan 300,000 helai pakaian itu dijual kepada umum. Kami jangkakan 70 hingga 80 peratus baju tersebut akan habis dijual.

Kami memiliki kumpulan peminat yang ramai dan suka memilih pakaian yang tidak bergosok, selesa, mudah di pakai dan ringkas. Lebih daripada 90 peratus daripada koleksi pakaian Sabella tidak bergosok. Jenama kami juga sudah cukup terkenal dengan tawaran pakaian yang memiliki ciri-ciri pakaian asas dan lebih lebih ringkas

Apa faktor yang mendorong puan menganjurkan jualan gu­dang setiap tahun?
Jika dikenang pengalaman lalu, contohnya saya tidak mampu­ membeli baju raya sebelum saya menjadi tukang jahit, ketika itu apabila saya pergi ke kedai untuk membeli, tengok harganya RM100, rasa mahal sangat untuk saya membelinya.

Sebab itulah apabila saya membangunkan Sabella, misi inilah yang saya mahu perjuangkan dan membantu golongan yang sama nasib saya seperti dahulu untuk menggayakan pakaian baharu dan cantik serta bergaya.

Melalui Sabella yang yang ditawarkan sangat berpatutan, mereka boleh membeli baju raya dan bertukar berkali-kali dalam sehari masa hari raya nanti.

Boleh jelaskan perkembangan terbaharu Sabella?
Ini adalah tahun ke-7 kami beroperasi dan untuk koleksi terbaharu, kami telah tunjukan fesyennya. Untuk koleksi terbaharu, dalam seminggu­ pada setiap bulan, kami akan lancarkan di platform media sosial kami.

Berapa peratus jualan online membantu menambah jumlah hasil syarikat tahun ini?
Sehingga kini terdapat 80 pe­ratus daripada pelanggan membuat transaksi pembelian di platform online, selain itu kami turut disokong oleh kira-kira 80,000 usahawan dropship.

Apakah sasaran hasil syarikat tahun ini, adakah ia satu nilai transaksi yang boleh dicapai?
Kami sasarkan pendapatan sebanyak RM80 juta tahun ini, ia adalah satu nilai yang munasabah untuk dicapai bersandarkan prestasi jualan pada tahun lalu.

Antara faktor yang menyumbang kepada nilai tersebut adalah pertambahan usahawan dropship dan juga penambahan usaha menguasai platform online. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI