fbpx

Wanita keluar beraya maut rempuh tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORMUNIRA maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan dan merempuh tiang lampu di Batu Berendam, Melaka, tengah malam tadi.

MELAKA – Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh tiang lampu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Batu Berendam di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu, mangsa, Normunira Baharudin, 37, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kemalangan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari arah Pengkalan Batu ke Kawasan Perindustrian Batu Berendam.

“Setiba di lokasi, motosikal mangsa telah hilang kawalan dan melanggar tiang lampu di pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di kawasan itu telah mengalami kecederaan parah dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, ketika kejadian mangsa bagaimanapun tidak bekerja dan dipercayai dalam perjalanan pergi beraya.

“Difahamkan mangsa keluar bersiar-siar, mungkin juga dia keluar pergi beraya.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI