fbpx

Budak maut akibat strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Syamil mengalami kekejangan di rumahnya di Kampung Perupok, Bachok sebelum menghembuskan nafas terakhir di sebuah klinik kelmarin.

BACHOK – Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai akibat diserang strok haba di rumahnya di Kampung Perupok di sini kelmarin.

Mangsa, Muhamad Syamil Aqil, 11, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 9.27 pagi semasa menerima rawatan di sebuah klinik.

Ibu kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wanie berkata, Muhamad Syamil yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Menurutnya, menerusi laporan bedah siasat, buah pinggang dan jantung anaknya dipercayai sudah kering selepas diserang strok haba.

“Muhamad Syamil aktif menunggang basikal pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua.

“Pada Syawal ketiga, dia mengalami demam dan cirit birit malah suhu badannya meningkat setiap satu jam sehingga mencecah 37 hingga 38 darjah Celcius,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Perupok di sini hari ini.

Wanie memberitahu, tubuh badan Muhamad Syamil dilihat berada dalam keadaan lemah pada hari raya keempat sebelum dia dan suami membawanya ke klinik apabila dia tiba-tiba mengalami kekejangan.

Menurutnya, Muhamad Syamil menghembuskan nafas terakhir di klinik sebelum jenazahnya dibawa ke HRPZ II untuk dibedah siasat.

“Jenazah anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai di sini selepas solat Isyak malam kelmarin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI