fbpx

2,011 kenderaan kemalangan hari keenam Op Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 2,011 kenderaan terlibat kemalangan pada hari keenam Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,756 kemalangan jalan raya dilaporkan.

“Pecahan jenis kenderaan paling tinggi terlibat kemalangan adalah kereta dengan membabitkan 1,388 buah atau 69 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

“Penyumbang kedua tertinggi kemalangan adalah motosikal (243), diikuti pacuan empat roda (163), kenderaan pelbagai guna (137) dan lori (36),” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi JSPT, hari ini.

Menurut JSPT, selebihnya membabitkan van (29), bas (13) dan dua lagi kenderaan melibatkan teksi.

Semalam, PDRM merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI