fbpx

Anwar, Erdogan berbalas ucapan raya melalui telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video percbualan Perdana Menteri bersama Erdogan semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan untuk ucapan Aidilfitri semalam.

Menerusi satu klip video yang dikongsi Perdana Menteri di laman sosial Facebook hari ini kedengaran dalam perbualan itu juga kedua-dua negara menegaskan isu hubungan dua hala Malaysia-Turkiye.

Katanya, turut disentuh isu antarabangsa termasuk perkembangan krisis politik di Tunisia, selain perkembangan terkini mengenai pergolakan di Sudan.

“Saya juga mengambil maklum Turkiye kini sedang dalam proses persediaan untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

“Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Republik Turkiye bagi memperkukuh hubungan antara kedua negara sahabat,” katanya.

Klip video perbualan dua pemimpin negara itu berdurasi satu minit 30 saat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI