fbpx

Polis Thailand banteras aktiviti seludup petrol dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Thailand berjaya banteras seludup petrol dari Malaysia dengan tertangkapnya dua suspek di Hatyai baru-baru ini. - Foto Bangkok Post

BANGKOK – Pusat Pembanterasan Jenayah Bahan Api Polis Diraja Thailand (RTP) mengumumkan penahanan dua anggota sindiket jenayah yang dikenali sebagai Jae Fang di Hat Yai, Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam.

Kumpulan itu didakwa menyeludup petrol dari Malaysia dan menjualnya semula di wilayah Songkhla, Satun dan Narathiwat, Selatan Thai. 

Suspek, Nee Usman dan Eeb Madyusoh ditahan semasa memindahkan petrol antara lori dan trak pikap yang diubah suai di sebuah gudang di kawasan Thung Lung daerah Hat Yai, kira-kira 30 kilometer dari pusat pemeriksaan imigresen.

Pihak berkuasa merampas dua trak pikap Toyota yang membawa sekurang-kurangnya 2,000 liter minyak.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Surachate Hakparn yang juga pemangku pengarah Pusat Pembanterasan Jenayah Bahan Api berkata, sindiket Jae Fang telah mengendalikan perniagaan petrol haram selama sekurang-kurangnya sedekad. 

Menurutnya, kumpulan itu membeli petrol seludup daripada bot yang beroperasi di Teluk dan Laut Andaman. Selain itu, mereka juga menggunakan lori diubah suai yang dipasang tangki minyak besar dan mampu menyimpan sehingga 1,000 liter setiap satu. 

Lori-lori diubah suai itu dilaporkan memasuki Malaysia sekurang-kurangnya sepuluh kali sehari untuk mengisi semula tangki mereka sebelum menyeberangi sempadan kembali ke Thailand. 

Petrol seludup itu kemudiannya disimpan di gudang sindiket, di mana kedua-dua suspek ditahan sebelum dipindahkan ke trak yang diletakkan berhampiran dalam hutan yang terletak di mukim Tha Phong. 

Harga petrol di Malaysia jauh lebih murah berbanding Thailand. –  Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI