fbpx

Pemangku Raja Perlis solat Aidilfitri bersama rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin menunaikan solat Aidilfitri bersama rakyat di pekarangan Istana Arau, hari ini. - Foto oleh IZLIZAN OTHMAN / KOSMO!

ARAU – Kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di pekarangan Istana Arau, di sini bersama Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Solat sunat Aidilfitri di pekarangan Istana Arau diimamkan oleh Imam Besar negeri, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar  bermula kira-kira pukul 8 pagi tadi di kawasan Dataran Istiadat istana berkenaan.

Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainal Abidin kemudiannya menyampaikan dua khutbah Aidilfitri kepada jemaah yang hadir.

Tuanku Syed Faizuddin seterusnya berkenaan menyantuni rakyat Perlis dan bergambar kenangan dengan mereka yang hadir.

Suasana ceria dengan hadirin mengenakan busana berwarna-warni dan kemesraan cukup jelas kelihatan apabila mereka saling bersalaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Orang ramai juga kelihatan cukup teruja pada hari raya pertama ini, terutama buat mereka yang pertama kali berpeluang bersolat sunat Aidifitri bersama Pemangku Raja Perlis di Istana Arau. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI