fbpx

Laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiada kesesakan berlaku di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di hadapan IPD Gua Musang, hari ini. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jumlah kenderaan di laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis semakin berkurangan apabila sudah ramai warga kota pulang ke kampung halaman sejak dua hari lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pintu masuk lencongan jalan alternatif di hadSemua apan Hentian Gua Musang, Kampung Tanah Putih menghala ke simpang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, lengang sejak pagi tadi.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Azizi Seman, 45, berkata, pergerakan kenderaan dilihat lancar dan tiada kesesakan ketika melalui lencongan di Kampung Tanah Putih.

Katanya, aliran trafik menuju ke Gua Musang lancar berbanding semalam apabila berlaku kesesakan di laluan alternatif sepanjang enam kilometer.

“Saya rasa, ramai warga kota mengambil peluang untuk pulang semalam, kerana ramai yang menjangkakan hari ini merupakan 1 Syawal.

“Saya mengambil keputusan pulang ke Kuala Krai hari ini dan tidak sangka perjalanan lancar ketika memasuki laluan Gua Musang,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Mohd. Nizam Mohd. Sidek, 39, berkata, aliran trafik lancar di beberapa laluan di lebuh raya utama terutamanya di Plaza Tol Gombak.

Katanya, dia bertolak pada pukul 7 pagi tadi dari Kuala Lumpur dan tiba di bandar Gua Musang pada pukul 11 pagi.

“Saya menjangkakan ramai perantau pulang melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) kerana tidak mahu bersesak di jalan alternatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI