fbpx

Lelaki maut dibunuh rakan sekerja disyaki mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zam Halim.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 43 tahun maut apabila dibunuh oleh rakan sekerjanya yang disyaki mabuk dalam kejadian di asrama pekerja di sebuah kawasan perindustrian Jalan Sungai Besi, Cheras di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Menurut beliau, mangsa diterima dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan cedera di muka dan kepala kira-kira pukul 6 pagi.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 12 tengah hari, seramai tujuh lelaki warganegara tempatan berusia lingkungan 22 hingga 51 tahun telah ditahan.

“Menurut saksi yang merupakan salah seorang rakan sekerja, ketika kejadian yang berlaku di asrama mereka, dia melihat suspek berusia 37 tahun dalam keadaan berlumuran darah di luar bilik mangsa.

“Apabila saksi masuk ke dalam, kelihatan mangsa sudah terbaring beserta kesan kecederaan di muka dan segera memaklumkan kepada majikannya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini hari ini.

Tambah Zam Halim, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak HCTM setelah dibawa oleh majikannya.

Ujarnya lagi, suspek kemudian bertindak ingin membunuh diri dengan menoreh leher menggunakan pisau setelah diarah oleh majikan untuk diikat.

“Majikannya kemudian membawa suspek ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan oleh pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Ketika kejadian, suspek dikatakan dalam keadaan mabuk dan motif pembunuhan masih dalam siasatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, sebatang besi yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu selain dua swab darah serta sebuah kereta Hyundai Tucson disyaki digunakan untuk menghantar mangsa ke hospital telah dirampas.

Seramai lapan individu ditahan termasuk suspek utama direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 25 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI